Blogger Widgets

Monday, 15 July 2013

jom masak sempena bulan puasa!

Resepi Kek Coklat Kukus <3
Bahan-bahan kek
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Cara-cara
  1. Campurkan gula pasir, serbuk koko, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan sehingga semua bahan larut.
  2. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  3. Pukul telur sampai kembang, campurkan dengan adunan koko. Gaul rata dan campurkan adunan tepung. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.
  4. Tutup acuan dengan aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
  5. Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek.
Resepi asal: Ilham Dapur
Bahan-bahan topping (coklat ganache)
150 g thickened/whipping cream
150 g coklat masakan
15 g butter
Cara-cara
  1. Campurkan coklat masakan dan thickened cream dalam satu bekas. Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.
  2. Kacau sehingga sebati, kemudian tambahkan butter.
  3. Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat ganache ke atas kek.
Resepi asal: Resepi Coklat

Sunday, 14 July 2013

Cara Pakai Selendang Terkini Gaya Diana Amir

falsafah kuntuman bunga

ros putih
cinta sejati dan kekuasaan
carnation
bunga ini comel dan boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah dan putih. Ia dikatakan mampu mengelak perasaan sedih menimpa diri seseorang.
camelia
ia dapat 'memanggil' semangat cinta dan kebahagiaan berkekalan selamanya.
kekwa
melambangkan kekuasaan perasaan cinta
daisi
mampu meningkatkan daya insitusi dalam meramalkan sesuatu
iris
melambangkan seseorang itu yakin dengan perasaan yang sedang dialaminya
jasmin
mendorong kearah percintaan dan kekayaan
orkid
memberikan semangat berkobar-kobar untuk teruskan hidup
ros merah
mengunkapkan pelbagai perasaan cinta
matahari
seseorang itu mahukan perhatian dan kehormatan seperti sepatutnya
tulip
membawa rasa cinta dan tuah
ivy
membawa kepercayaan dan kehormatan pada diri seseorang
violet
meningkatkan daya imaginasi seseorang

Lawak- cara mengecil perut dengan efektif

1) Bangun pagi-pagi.
2)Pandang cermin.
3)Tatap bahagian perut.
4)Tampar perut anda berkali-kali sambil mengucap "BUAT MALU,MALU,MALU,MALU!!!!"

Pasti anda bersemangat untuk mengecilkan perut...hehehehe...

pisang VS dendam

Suatu hari dalam kelas agama...

cikgu: Murid-murid ada bawa pisang yang cikgu pesan?
murid:Ada tapi, buat apa cikgu? Kita nak buat jamuan ke?
cikgu:Kamu simpan dulu dekat belakang kelas 2 minggu lagi kita tengok apa yang jadi. Boleh?
murid:Boleh cikgu!
cikgu: Kalau macam tu, pisang tu kamu letak kat belakang. Lepas tu kita main kuiz. Setuju?
murid: Setuju cikgu! 

2 minggu kemudian...

cikgu:Murid-murid dah bersedia nak tengok pisang tu?
murid:Dah cikgu!

-cikgu berjalan mengambil pisang yang disimpan di belakang kelas-

murid:Eyeeeeww! Apa tu cikgu? Busuknya bau dia!
cikgu:Kalau nak tahu ni la pisang hari tu.
murid:Tapi, pisang hari tu cantik, tak busuk. Macam mana boleh jadi macam  ni?
cikgu:Pisang hari tu memang la cantik, tak busuk tapi bila kta simpan dia lama-lama, macam ni la jadinya. Kalau murid-murid perasan, pisang ni sama macam dendam sebab bila kita simpan dendam dalam hati kita, hati yang cantik dan tak busuk pun boleh jadi buruk dan busuk. 
murid: Ooooo..
cikgu: tapi dendam ni kita rawat dengan sentiasa sabar dan tabah kepada-Nya.
murid:Contoh?
cikgu:kita boleh berdoa kepada-Nya supaya dilembutkan hati kita.
murid:Oke. Dah faham!
cikgu: Bagus.Kalau macam tu kita boleh lah makan pisang yang ciikgu beli di pasar tadi dan digerenti tiada dendam.

murid-murid ketawa sambil menikmati pisang :)

Monday, 8 July 2013

pulau perhentian

                                        
hohoho..... teringat waktu pergi ikut kakak pergi honeymoon =)
bukan kata nak menyebok tapi teringin nak ikot gak =..=' hehehe!!! BTW, thanks sis for the vacation!

#sharing is caring :*

kasi kurus 0.0


coklat hitam
  • Coklat Hitam ( Dark chocolate )
Ternyata coklat hitam bisa menurunkan berat badan. sebuah penelitian menemukan orang yang memakan coklat hitam ( Dark Chocolate ) sebanyak 3,5 0ns 2 jam sebelum makan nasi dapat menyerap 17%  kalori lebih sedikit apabila seseorang memakan coklat susu.

lawak-Si sengau



Seorang lelaki yang sengau naik ke
sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas 

"Vang.. vas nih fegi hamfang
ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?). 

Pemandu bas itu berdiam diri.
Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang
pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu. 

"kenapa awak diam tadi?
kesian dia..." 

Pemandu itu pun menjawab:
"Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata
haya hehek hia hulakk!!!... ....." 

(Macam mana saya nak jawab.. saya
pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak )

Novel terbaik minggu ini!

                                       

Amaran: 
Jangan naik angin apabila membaca blurb ini. Kisahnya bermula apabila Jamilkhan dapat kahwin kali kedua tanpa diduga. Begitu juga perkahwinan ketiga, dapatnya tidak disangka-sangka.
Ada yang memasang jerat papan berpaku. Ada yang dipakaikan masker bercampur dengan cecair pencuci tandas. Ada pula yang tertipu dengan ubat cula biawak komodo.
Si Jamilkhan pula sungguh gembira apabila mendapat satu hadiah di luar jangkaannya. Namun hadiah itulah yang membuatkan dia hampir putus nyawa!

Pasir dan Batu


Dikisahkan bahwa ada dua orang sahabat sedang melakukan perjalanan menyeberangi padang pasir. Pada suatu tempat, mereka terlibat dalam perdebatan sengit, sahabat yang satu menampar muka sahabat yang lain.Sahabat yang ditampar merasa terluka hatinya.
Tanpa mengucapkan sepatah kata, ia menulis di pasir :

“HARI INI SAHABAT BAIKKU MENAMPARKU”
Mereka lalu melanjutkan perjalanan.
Dan dalam perjalanan berikutnya, mereka menemukan danau lalu mandi di danau tersebut.
Orang yang ditampar tadi terjebak dalam lumpur hisap dan mulai tenggelam.

Sahabatnya pun datang menolong.
Setelah berhasil diselamatkan ia menulis di atas batu :

“HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKANKU”
Temannya berkata, “Tadi kau menulis di pasir, sekarang kau menulis di atas batu, mengapa ?”

Ia pun menjawab,

“Jika seseorang melukai hati kita, sebaiknya kita menulis kejadian itu di atas pasir agar angin pengampunan dapat menghapusnya. Namun, bila seseorang berbuat baik kepada kita, hendaknya kita mengukir peristiwa itu di batu sehingga angin takkan pernah dapat menghapusnya.”

Saudaraku…..
Jadilah pribadi yang mudah untuk memaafkan kesalahan-kesalahan seseorang kepada kita sebagaimana Allah SWT berfirman :

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)

... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)

Adapun berbuat baik Allah SWT berfirman :

"Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri...(QS.Al Isra' : 7)

Saudaraku Tanamkanlah sifat-sifat ini pada diri kita…mulailah dari sekarang

diadaptasikan daripada http://tehsecawan.blogspot.com/